Selamat Menyambut Perayaan Thaipusam
Sistem Bidaan Tapak Perniagaan Thaipusam 2026

Tatacara Pendaftaran

Tatacara Bidaan

ARAHAN KEPADA PENJAJA

BIDAAN LOT TAPAK PENJAJA SEMPENA PERAYAAN THAIPUSAM MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS)
Semua penjaja yang berminat untuk membida lot tapak penjaja sempena Perayaan Thaipusam adalah DIWAJIBKAN mematuhi arahan dan syarat berikut:
1. Pengakuan Maklumat
Peniaga hendaklah mengakui bahawa semua maklumat dan dokumen yang dikemukakan adalah benar, tepat dan sah. Majlis berhak mengambil tindakan sekiranya didapati maklumat palsu atau mengelirukan.

2. Kegagalan Membuat Bayaran
Penjaja yang membuat bidaan tertinggi tetapi gagal menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan akan disenarai hitam dan tidak dibenarkan memohon lesen atau permit dengan Majlis Perbandaran Selayang pada masa hadapan.

3. Had Bidaan
Setiap penjaja dibenarkan membida maksimum lima (5) lot penjaja sahaja.

4. Had Kemenangan Lot
Setiap penjaja hanya boleh memenangi satu (1) lot atau dua (2) lot yang bersebelahan sahaja.

5. Kaedah Pendaftaran
Pendaftaran hendaklah dibuat menggunakan Kad Pengenalan (MyKad) penjaja.

6. Dokumen Tambahan (Jika Berkaitan)
Penjaja hendaklah memuat naik dokumen sokongan berikut mengikut kategori lot yang dipohon:
  • Lot OKU: Salinan Kad OKU
  • Lot Makanan & Minuman:
    • Sijil Kursus Pengendali Makanan yang dikeluarkan mulai tahun 2010 dan ke atas.
    • Sijil Suntikan Tifoid (Typhoid) masih dalam tempoh sah.
  • Lot Gunting Rambut:
    • Laporan Pemeriksaan Kesihatan yang sah bagi Hepatitis B, TIBI dan HIV.

7. Keputusan Majlis
Semua keputusan yang dibuat oleh Majlis Perbandaran Selayang adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

8. Harga Asas Bidaan
Jenis Permit Kategori Harga (RM)
Perniagaan am, Makanan dan minuman, Inai Biasa
Hotspot
150.00
400.00
Gunting rambut dan Tatoo Biasa
Hotspot
250.00
500.00
Penjaja bergerak / Food Truck Biasa 200.00
OKU (diskaun 30%) OKU 600.00

9. Lot OKU adalah seperti berikut:
  • Lot B111 hingga B123
  • Lot B140 hingga B141

10. Tarikh-Tarikh Penting
  • Pendaftaran Penjaja
    20 Januari 2026 (Selasa)
    9.00 pagi
  • Bidaan Lot Tapak Penjaja
    22 Januari 2026 (Khamis)
    9.00 pagi - 5.00 petang
  • Bayaran Oleh Pemenang Bidaan
    22 Januari 2026 (Khamis)
    Selepas jam 5.00 petang
  • Permit Perniagaan Sementara
    Akan dikeluarkan selepas bayaran dibuat sepenuhnya dan semua dokumen dimuat naik ke sistem dalam talian.

Kerjasama semua penjaja dalam mematuhi arahan ini amat dihargai bagi memastikan pengurusan tapak penjaja yang telus, teratur dan efisien.

Sekian, terima kasih.
Majlis Perbandaran Selayang